Rumbia, hambulong, hambuyat – Part 1
Written by kalajiau ingaa
Thursday, 02 December 2009
Hambataa (ulat sagu) merupakan santapan yang digemari oleh sesetengah oang daat!
“mun inda dipacahakan batang umbia apa ulah kan luih hambulongnya”
[kalau tak dipecahkan rayong manakan dapat sagunya]
Lebih kurang maksudnya, kita harus berusaha sedaya upaya jika hendak mendapatkan sesuatu hasil yang baik. Ungkapan di atas menggambarkan keakraban pokok sagu dengan kehidupan orang-orang Borneo, terutamanya oang daat di belahan dunia kami yang tinggal sekitar pantai barat dari kawasan Papar sehingga ke Miri. Malah, misi utama program Syarikat berpiagam Borneo Utara British pada awal abad ke 20 (1900 – 1914) ialah mengkomersilkan penghasilan sagu di kawasan Beaufort dan Papar.
Pokok Umbia (rumbia) dikenali dengan banyak nama. Walaupun kami hanya mengenalinya sebagai umbia, pokok dari spesis palma ini sebenarnya terkenal di serata pelusuk dunia variasi nama “sagu (arab)” yang terkenal. Di antaranya ialah Sago palm (English), Sagoutier (Perancis), Sagopalme (Jerman), Sago (Itali), Sago yashi (Jepun), Thagu bin (Burma), Sa khu (Thai), Sagu (Vietnam) dan lumbia (Tagalog). Orang-orang jawa mengenalinya dengan nama Ambulung, manakala bagi kami hambulong adalah merujuk kepada pati sagu yang telah diproses.
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan paya air tawar dan batangnya mempunyai kandungan kanji yang sangat tinggi.
Hambulong [Brunei - ambulung] mengandungi sehingga 90% kanji tulin iaitu karbohidrat. Setelah dimasak ia dipanggil hambuyat (kanji masak) dan ia boleh dimakan untuk menggantikan nasi.
Berikut merupakan cara tradisi untuk mendapatkan hambulung. Terlebih dahulu pokok umbia yang matang ditebang dan dipenggal sekira-kira tiga hingga empat kaki panjang. Kulit luarnya yang keras dan berwarna gelap akan disisi (dibuang, dilapah, dikupas secara belahan sisi). Bahagian serabut di sebelah dalam yang lebih lembut akan diparut menggunakan gergaji parut khas dan hasil parutan akan dimasukkan ke dalam pelantar penapis yang dipenuhi air. Penyisihan kanji dari serabut umbia dibuat menggunakan kaki sebelum diayak. Kemudian air berkanji berwarna putih akan dibiarkan beberapa ketika supaya kandungan kanji yang ada di dalamnya mendap. Mendapan ini merupakan mendak kanji tulin yang berwarna putih bersih seperti tepung yang telah diuli dengan air, tetapi warnanya lebih putih dan terasa mulus apabila dipegang.
Kenali Sagu dari aspek yang lain!
A. Hambataa – Ulat Umbia
Sebenarnya kegunaan batang umbia bukan hanya terhad kepada penghasilan sagu. Bagi oang-daat yang bukan beragama Islam (orang dusun, orang dayak dan sebagainya) selain menghasilkan hambulung, batang dan tunggul pokok umbia yang dibiarkan mereput akan menjadi pusat pembiakan kumbang dalam jumlah amat banyak. Akan tetapi sebelum proses metamorphosis berjalan dengan lengkap, kumbang-kumbang ini adalah merupakan ulat umbia bersih yang kami kenali sebagai hambataa (tetapi orang kadayan tidak memakannya, sejauh yang saya ketahui). Hambataa tinggal di dalam pokok umbia dan bergantung kepada kanji mentah di dalam pokok berkenaan sebagai makanan utama. Saiznya sebesar ibujari setiap satu dan apabila dikumpulkan berbakul-bakul, hambataa merupakan santapan yang digemari. Sehingga sekarang, ada masanya ulat-ulat umbia ini kelihatan dijual di tamu-tamu kawasan yang tertentu di Borneo.
B. Sagu Tradisi dihasilkan Secara Injakan
Sagu dihasilkan dengan menginjak hasil parutan serabut menggunakan kaki, tidak kotorkah?
Ya, menggunakan kaki. Oleh kerana kuantiti parutan serabut pokok umbia yang banyak, biasanya injakan kaki diperlukan, bukan tangan. Suatu ketika dulu padi juga diinjak menggunakan kaki, bezanya padi masih berkulit dan kulitnya hanya diasingkan untuk menghasilkan beras setelah ditumbuk di dalam lesung kayu. Proses pembuatan wain tradisi juga memerlukan injakan untuk memerah cecair dari buah anggur; sebelum diperam.
Pada sekitar tahun 1997, saya pernah mengikut rombongan lawatan ke sebuah kampong untuk melihat bagaimana sagu dihasilkan. Saya tertarik untuk melawat tapak perusahaan tradisi sagu di kampong berkenaan kerana penghasilan sagunya begitu putih bersih dan agak terkenal. Setibanya kami di sana, satu demi satu proses pembuatan sagu diperlihatkan secara terperinci. Ini termasuklah daripada proses pembuangan kulit luar, memarut dan semuanya berjalan lancar sehingga tiba ke proses menginjak. Agaknya pakcik pengusaha berkenaan ada sedikit kesilapan teknik. Untuk demonstrasi injakan, dengan selamba beliau berjalan, memasuki ruang dan kemudian terus menginjak serabut umbia tanpa meninggalkan boot plastik hitam yang dipakainya. Pada masa itulah saya perasan raut muka kebanyakan ahli rombongan menjadi berkerut dan di akhir sesi, tiada seorang pun yang membeli sagu yang dihasilkan
Wednesday, December 2, 2009
Thursday, October 29, 2009
MAHAT VS MENOREH
Mahat Gatah 2: mahat vs menoreh
Written by kalajiau ingaa
Wednesday, 29 Okt 2009
Pekerjaan menoreh kami kenali dengan nama “mahat”. Lebih kurang samalah ertinyanya dengan istilah baku bagi pekerjaan menoreh getah.
Menoreh maksudnya mengkelar atau melukakan. “Mahat (me + pahat)” pula bermaksud menebuk yakni mengakibatkan tebukan di batang gatah. Memahat biasanya melibatkan tekanan menyorong, sedangkan menoreh (biasanya) merupakan luka yang dibuat dari atas ke bawah.
Kebetulan pisau penoreh juga terdapat dua jenis iaitu jenis sorong dan tarik. Kedua-duanya merupakan pisau yang praktikal bagi seseorang penoreh.
Hanya di peringkat yang lebih terkemudian barulah pisau yang lebih canggih diperkenalkan. Ianya merupakan hybrid sorong dan tarik, jadi menoreh dan memahat boleh dilakukan mengikut keperluan penoreh.
Namun begitu teknik torehan adalah tetap sama; iaitu mengikuti bentuk tulang herring yang diperkenalkan oleh H.N. Ridley melalui eksperimen-eksperimen beliau sebelum getah diperkenalkan dengan lebih meluas di Malaya. Lagi kelas sejarah…
Di bahagian Pedalaman Bawah Borneo Utara sehingga penghujung 1950an, pekan getah yang paling dikenali ialah Mesapol (Masapol). Pekan ini pernah diserang oleh Rundum, pahlawan Murut Tagol (Tagal) yang memberontak terhadap kompeni pada tahun 1915.
Di zaman itu, Mesapol merupakan pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (juga dikenali sebagai kompeni, paintah – perintah, pemerintah) bagi satu daerah yang dinamakan sebagai Mangalong; sempena sungai yang terbesar di kawasan ini.
Urusan pentadbiran daerah Mangalong dibahagikan kepada tiga buah mukim. Masing-masing mempunyai pusat kegiatan ekonomi merangkap pusat pentadbiran setempat iaitu Masapol sendiri, Malamam (bangunan kedainya telah lama berkubur) dan Sindumin (bangunan kedainya telah terbakar dua tahun lepas).
Sindumin merupakan pengkalan terakhir bagi kompeni Borneo Utara. Ia bersebelahan dengan Marapok (Merapok) yang ditadbir di bawah jajahan kerajaan Rajah Putih Sarawak. Sempadan politik ini tidak begitu jelas bagi kami kerana kawasan ini masih berada dalam ruang lingkup dunia kami – dunia daat kami. Ia terus bersambung ke Lawas, limbang dan Miri dan Brunei. Kecuali Brunei, ketika itu kesemua kawasan-kawasan yang disebut ini juga berurusan dengan getah sebagai nadi ekonomi utama.
Dari dunia kami menghala ke sebelah atas, kita akan tiba ke Beaufort iaitu pekan yang dikenali sempena nama pegawai daerahnya. Sedikit ke barat ialah Weston iaitu pelabuhan bagi Residensi pedalaman.
Terdapat laluan kereta api bermula dari Tenom, Bukau dan berakhir di Weston dari tempoh 1884 - 1972. Perlu juga disebutkan bahawa Mesapol merupakan hentian terakhir perjalanan keretapi untuk penduduk Mengalong.
Lebih ke utara kita akan menemui pekan-pekan getah lain yang juga tidak kurang pentingnya. Di antaranya ialah Bongawan dan Kimanis yang terletak di dalam daerah Papar iaitu salah sebuah dari pada tiga residensi terawal Borneo Utara bersama-sama Tuwwaran / Joowaran (Tuaran) dan Kudat.

WANG PUTIH PANCUIE GETAH !!!
Written by kalajiau ingaa
Wednesday, 29/Okt/2009
Dahlah mereka mencuri, anak cucu kami makan hasilnya …
Seantero dunia kami hingga ke pinggir rimba raya adalah dipagari dengan kebun kebun getah milik para penduduk kampung. Tumbuhan spesis hevea brasilia (hevea brasiliensis) ini sangat kuat melekat dengan dunia kami.
Deskripsi tumbuhan hevea brasilia
pahatan gatah Sedikit pelajaran sejarah
Cerita ketibaan getah sebenarnya penuh dengan tipudaya orang-orang Inggeris. Lagipun yang namanya orang Inggeris, mereka adalah licik dan penuh tipu daya. Berbanding dengan orang-orang Sepanyol dan Belanda, hanya dengan bersenjatakan airliur dan putar belit, orang-orang Inggeris mampu menjajah negeri yang jauh lebih besar dari negara mereka sendiri. Bukan hanya tanaman gatah, tanaman teh yang menjadi nadi ekonomi Sri Lanka sehingga kini juga adalah bahan curian yang mereka dapat dengan menyeludupnya keluar dari negara China.
Getah bukan tumbuhan asal Borneo. Tumbuhan ‘angkat’ kesayangan yang kami kenali sebagai gatah (getah ini) berasal nun jauh dari Negara Brazil yang terletak di Amerika selatan. Sebelumnya kerajaan Brazil telah berusaha bermati-matian untuk menghalang biji-bijinya dieksport, tetapi dasar serakah peniaga-peniaga British tidak memandang itu semua.
Pada tahun 1876, Henry Wickham, seorang Inggeris telah berjaya menyeludup keluar (mencuri!) sejumlah 70,000 biji getah ke London. Atas ‘jasanya’ beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh kerajaan Inggeris. Biji-biji yang dicuri ini kemudian dikaji dan 2,800 cambahan telah dibiak di Royal Botanical Gardens di London (Kew Gardens). Seterusnya sebahagian daripadanya telah diangkut ke Perideniya Gardens di Sri Lanka (dulunya dikenali sebagai Ceylon).
'Bapak' Getah Malaya
Pokok ini merupakan satu dari 9 semaian pertama yang dibuat oleh H.N. Ridley untuk kali pertama di Kuala Kangsar, Perak. Ia berada di hadapan Pejabat Daerah Kuala Kuala kangsar, di simpang Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Raja Chulan. Merupakan pokok getah tertua di Malaysia Tourism Malaysia.
Dalam tahun 1877 sejumlah 22 semaian telah tiba di Singapura dan ditanam di Singapore Botanical Garden. Pada tahun yang sama, semaian pertama tiba di negeri-negeri Malayu. Tanaman ini dipopularkan oleh H.N. Ridley, pengarah Singapore Botanical Garden yang turut mencipta teknik mahat (me + pahat, memahat, menoreh) tulang herring yang kemudian digunakan secara meluas.
Di Borneo, gatah mula diperkenalkan pada awal kurun ke 20 dengan kemunculan ladang-ladang Kompeni Borneo Utara di Beaufort, Kimanis, Bongawan, Mangalong (Lingkungan dan Malamam Estate), Tuaran dan Tawau. Selain itu, para penduduk Borneo juga digalakkan menanam getah di kebun-kebun (dikenali sebagai pekebun kecil – smallholder)
Curi pun curilah.
Jika difikirkan semula, tak sia-sia juga usaha Wickham mencuri biji getah. Setelah lebih 130 tahun, generasi oang daat masih ada yang bergantung hidup dengan gatah …

Friday, October 16, 2009
Basatu,sehati dan banyakkan bafikie yg baik2 sangka uja wang tuha2 kita ni....Kepada anak2 Suku/Kaum Kadayan yg berada d Pulau Borneo ni (Kalimantan Tengah,Saawak,Boonai,Labuan,Supitang,Inuman,Lingkungan dan Subalah2 Papa (Kg.Kalanahan/Baundong)Mun adakan d Muatkan tulisan kamu dan pandangan kamu akan caita2 mulanya (Nostalgia) ataupun caita2 Suku Kadayan yg kamu tahu.....Cuba tia tulis aah Halaman KADAYAN BORNEO ani.....Jaan tah tungkal hantap mun kan Nulis...Andang2 untuk Suku/Kaum Kadayan ni ku mbuat Blog KADAYAN BORNEO ani....SALAMAT NULIS !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)